Anjing mati seksa akibat di jerut! PENJAGA CUAI !!!

Terbaru, pihak Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM menerima aduan berkaitan seekor anjing mati terjerut disebabkan oleh rantai yang digunakan berupa nylon rope + iron wire. Menurut laporan, anjing tersebut melompat dari tempat ia diikat dan terkeluar dari pagar rumah. Malangnya, rantai anjing yang digunakan merupakan material tidak sesuai dan terlalu pendek sehingga ia jatuh, tergantung (kerana tidak menyentuh tanah) lalu, leher terjerut dan mati. Seorang lelaki India turut melihat dan membantu membuka ikatan rantai anjing tersebut tetapi, terpaksa melakukannya sehingga 10 minit. Kejamnya kematianmu wahai anjing.
 
Lokasi kejadian : Taman Desa Cahaya, Lawan Kuda, Gopeng
Tarikh kejadian : 06 September 2020
Masa : 4 petang (masa tu, anjing dah mati)
(** Tiada kata terbaik untuk mengungkapkan kebodohohan manusia jenis ni. Pelihara anjing tetapi, diabaikan. Kononnya, orang lain bela anjing, kamu pun nak juga. Masalahnya, anjing kau di rantai menggunakan nylon rope + iron wire. Anjing kamu melompat dan mati terjerut. Menurut jiran, anjing tu dah banyak kali melompat dan terkeluar tetapi, kamu tak ambil kisah. Kamu tidak fikirkan alternatif untuk jaga keselamatan anjing kamu. Kamu tidak peduli ! Kamu cuai !** )
 
Tuan anjing sepatutnya melakukan sesuatu tindakan alternatif agar kejadian buruk tidak berlaku tetapi, tiada jalan penyelesaiaan dilakukan sehinggalah akhirnya, anjing tersebut mati dengan kejam. Sangat nyata bahawa tuan anjing sangat cuai dalam menjaga kebajikan binatang peliharaannya.
 
Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) di gubal bagi memastikan pemilik haiwan bertanggungjawab ke atas keperluan haiwan mamsing-masing. Keperluan itu termasuk persekitaran sesuai, diet sesuai, membolehkan mempamer corak kelakuan semulajadi, haiwan ditempatkan bersama atau berasingan dan dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan atau penyakit. Tindakan undang-undang penalti RM15,000 hingga RM75000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap pelaku yang tidak bertanggungjawab.
 
Pihak Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM menyeru sesiapa sahaja yang melihat haiwan diperlakukkan dengan kejam, sila laporkan kepada kami dengan segera.
 
Stop Animal Crime! Stop Animal Abuse! Stop Animal Cruelty!
118749633_170436707979895_3956699359336705490_n