Kami mendapat aduan bahawa seorang pengguna Instagram telah memuatnaik ‘IG Story’ di mana sepupunya terpaksa melepaskan 2 ekor kucing peliharannya di tepi jalan kerana anaknya menghidap semput. Katanya lagi, sepupu beliau sudah cuba untuk mencari tuan baru kepada kucing-kucing tersebut tetapi tiada siapa yang dapat membela mereka.
Lokasi kejadian Pasar Ampangan, Bandar Baru Ampangan, Seremban.
Kami ingin mengingatkan warga netizen bahawa tindakan membuang haiwan peliharaan adalah satu jenayah kezaliman terhadap haiwan yang berat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika tertangkap, hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000 menanti pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Ingat, haiwan peliharaan anda bukan sekadar haiwan, tetapi sebahagian daripada keluarga anda. Ruang talian kami sentiasa terbuka untuk membantu. Jangan zalimi makhluk Tuhan yang tidak berdaya dan berbuatlah ehsan kepada mereka.
No Animals Should Die of Hunger.