Author name: uptech

SAFM agih 1,740 kg makanan kucing, anjing di Kuala Berang

Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) menjalankan misi menyelamat dan menyampaikan bantuan makanan haiwan di 11 kampung di sekitar Kuala Berang, Terengganu pada 5 dan 6 Mac lalu. Presiden SAFM R Kalaivanan berkata, misi itu adalah yang keempat selepas pihaknya menyalurkan bantuan di Taman Sri Muda Shah Alam dan Bukit Nanding, Hulu Langat, Selangor serta Segamat, Johor. Menurut Kalaivanan, matlamatnya adalah meringankan beban pemilik haiwan khususnya di Kuala Berang yang dilanda banjir teruk, baru-baru ini. “Sebanyak 1,740 kilogram (kg) makanan kucing dan anjing diagihkan kepada pemilik haiwan yang terjejas di 11 kampung terpilih iaitu Kampung Bukit Gemuruh , Kampung Kuala Menjing, Kampung Durian Badar, Kampung Padang Setar, Kampung Sekayu, Kampung Pelandan, Kampung Cheting, Kampung Menerong, Kampung Betong, Kampung Kemat, dan juga Kampung Kuala Pueh. “Agihan makanan turut diberi kepada haiwan terbiar di sekitar kawasan banjir. “Seramai lapan ahli SAFM dan sukarelawan digerakkan, manakala sebanyak tiga kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk misi itu,” katanya kepada Harian Metro. Kalaivanan berkata, secara purata seramai 50 hingga 100 pemilik haiwan di setiap kampung terpilih menerima manfaat bantuan berkenaan. Menurutnya, makanan haiwan disalurkan kepada ketua dan penduduk kampung untuk diagihkan kepada semua pemilik haiwan. “Penduduk kampung sangat berterima kasih dan menghargainya kerana bekalan makanan kucing mereka terputus. “SAFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang turut menjayakan misi ini termasuk Ahli Exco Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (Mavma) Dr Farina Mustaffa Kamal yang menyumbang sebahagian makanan haiwan kepada kami. “Walaupun misi ini merupakan rancangan saat akhir, beliau memastikan bekalan makanan haiwan yang kami bawa mencukupi untuk diedarkan kepada mangsa banjir. “Beliau turut menyumbang kira-kira 400 kg makanan kucing dan memberi sokongan moral kepada pasukan kami untuk menggerakkan misi ini,” katanya. Source : Harian Metro

SAFM agih 1,740 kg makanan kucing, anjing di Kuala Berang Read More »

Segera ambil tindakan

Putrajaya: Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu yang memukul kucing dengan kejam. Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima aduan selepas rakaman video tular memaparkan seorang wanita memukul seekor kucing menggunakan kayu. Menurutnya, menerusi video itu jelas kedengaran suara seorang individu yang berada di kawasan rumah menyarankan wanita terbabit memukul kucing itu sehingga mati. Katanya, perbuatan itu boleh dikategorikan sangat kejam kerana terdapat pelbagai cara lain yang lebih bijak dalam menangani masalah itu seperti menanam pokok Coleus Canina atau menggunakan semburan penghalau haiwan (cat repellent spray) yang selamat digunakan kepada haiwan. “Animal Malaysia dan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab dan berharap kes ini mendapat tindakan dari pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi. Sejak semalam tular di Facebook memaparkan seorang wanita memukul seekor kucing dengan sebatang kayu dan kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kediaman di Cyberjaya. Arie berkata, tindakan wanita itu boleh menimbulkan masalah lebih besar seperti kejadian membunuh haiwan berkenaan. Katanya, perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan adalah kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Beliau yang juga penganalisis jenayah haiwan berkata, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan sudah menperkenalkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 di samping mendedahkan banyak program kesedaran di laman sosial. Source : Harian Metro

Segera ambil tindakan Read More »

Many Pets Are Going Hungry During The Pandemic, Here’s How You Can Help!

We’ve heard of many homes and people who are struggling with this pandemic. However, animals and pets are equally in need with many pets going hungry along with their human families who cannot afford to eat. Thankfully, organisations like Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) are doing their best to keep animals fed with their pet food distribution initiative. The president of Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), Kalaivanan, shared with WORLD OF BUZZ that they managed to distribute pet food to 250 underprivileged people in North Gombak during two phases of their initiative. “Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) understands the plight of people who cannot afford to buy food for their families, let alone their pets. The high cost of pet food can reach up to RM100 to RM150 per month, which can cause difficulties in caring for pets,” “To prevent cases of pet abandonment, an initiative to hand out pet food has been implemented by Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM),” he said. But, in order to expand their initiative into other locations and areas, they require your help! How you can help If you are interested in lending a hand, you can contact Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) via WhatsApp at +6016-266 2007. You can also make a donation to their account: Name: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)Bank: AFFINBANKAccount Number: 100040234095 Even a little help goes a long way. Together, not only will we be able to keep our fellow Malaysians fed throughout this tough time, we can also make sure the little animals who call our country home won’t go hungry either. Source : worldofbuzz.com

Many Pets Are Going Hungry During The Pandemic, Here’s How You Can Help! Read More »

SAFM sumbang makanan kucing

Kuala Lumpur: Nasib haiwan peliharaan terbela apabila Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menyumbang lebih 200 beg makanan kucing di kawasan Gombak Utara, dekat sini, baru-baru ini. Presidennya R Kalaivanan berkata, pihaknya memahami situasi orang kurang berkemampuan sukar membeli makanan untuk haiwan peliharaan di saat pandemik Covid-19 melanda negara ketika ini. “Kos makanan haiwan boleh dikatakan cukup tinggi dan boleh mencecah RM100 hingga RM150 sebulan menyebabkan kesukaran untuk menjaga haiwan peliharaan. “Bagi mengelakkan pembuangan haiwan peliharaan, kami mengambil inisiatif memberikan sumbangan makanan kucing kepada golongan B40 dan orang kurang berkemampuan di Gombak Utara. “Menerusi Program Memberi Makanan Haiwan, seramai 100 orang mendapat bantuan pada fasa pertama, Jun lalu manakala bagi fasa kedua, 150 orang memperoleh bantuan sama pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, mereka memperuntukkan kira-kira RM30 bagi satu beg yang mengandungi 1.2 kilogram makanan kering serta pek makanan basah. Katanya, mereka menjalankan program ini dengan menempatkan sumbangan di Pusat Logistik Jawatankuasa Penduduk Zon 1 dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gombak Utara sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Kalaivanan berkata, melihat kepada sambutan yang baik di kawasan Gombak Utara, pihaknya bercadang untuk menjalankan program seumpama di kawasan lain. Source : Harian Metro

SAFM sumbang makanan kucing Read More »

Dera anjing hanya kerana tidak patuh arahan

Kuala Lumpur: Pemilik syarikat bergelar Datuk tergamak mendera anjing peliharaannya berulang-kali dipercayai akibat tidak patuh arahan di pejabatnya di Kota Tinggi, Johor. Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan berkata, kejadian terakhir dipercayai dilakukan pada 28 Jun dan aduan diterima daripada pekerja lelaki terbabit, kelmarin. Menurutnya, menerusi rakaman video berkenaan, anjing diberi nama Max itu didenda berdiri di atas motosikal dalam tempoh satu hingga dua jam kerana kegagalan mematuhi arahan. Katanya, dalam satu rakaman berasingan, kedengaran jeritan anjing dipercayai akibat dipukul pemiliknya itu. “Max didenda berdiri atas motosikal dan jika terjatuh, ia akan dipukul sekuatnya dengan alatan seperti besi, palang atau tangan. “Menurut pengadu, Max sudah didera berulang-kali oleh majikannya, namun tiada kakitangan yang berani menyuarakan kejadian kerana takut dipecat. “Pengadu sudah menasihati majikannya untuk menghentikan perbuatan terbabit, namun pelaku mengugut mahu memukul haiwan itu sehingga mati jika menegurnya lagi selain mendakwa memiliki senapang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurut Kalaivanan, disebabkan buntu dan tiada daya untuk melawan, pengadu mengambil keputusan untuk melaporkan kes itu kepada pihak polis. Katanya, pengadu sanggup dipecat kerana tidak tahan melihat penganiayaan yang dilakukan pelaku terhadap Max. “Bagi pihak SAFM, saya mengucapkan terima kasih di atas keberanian pengadu mengambil risiko demi melaporkan jenayah itu sekali gus menegakkan keadilan untuk Max. “Perbuatan lelaki berkenaan menunjukkan pelaku adalah seorang individu yang tidak wajar diberi lesen pemilikan senapang. “Perkara ini harus dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk memastikan hanya individu yang mempunyai akal yang waras dan layak sahaja diberikan lesen senjata api,” katanya. Katanya, kekejaman dan penganiayaan yang dilakukan terhadap Max menjadi kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 . Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,00 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “SAFM berharap dan memohon Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan sewajarnya dalam hal ini,” katanya. Source : Harian Metro

Dera anjing hanya kerana tidak patuh arahan Read More »

Datuk Violently Abuses Pet Dog, Threatens To Kill It After Employee Confronts Him

Owning a pet is a responsibility that requires love and care. One important thing pet owners should remember is that pets are NOT your personal punching bags. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) took to their Facebook page to share a case of a Datuk who apparently, abuses his pet dog, Max regularly. They wrote, “Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) once again received an animal cruelty case on 29 June, 2021 from Kota Tinggi, Johor. A clerk reported that their employer, a company owner who is a Datuk, had repeatedly abused his pet dog at their office.” In one of the videos showcased, the pet dog, Max, can be seen standing on a motorcycle. Apparently, Max is forced to stand on the motorcycle for one to two hours as a punishment for not obeying its owner. “If it falls from the motorcycle, Max will be beaten as hard as possible with tools such as metal, rods and hands. According to the complainant, Max has been abused countless times by the owner but none of his staff members are brave enough to say anything as they fear they would get fired,” “The clerk had advised the Datuk to stop abusing Max. But, the Datuk had responded, ‘If you make any more comments, I will beat the dog to death!’,” they added. In another video, the Datuk can be seen beating Max, who is out of frame. But, you can hear its cries of pain. The clerk, completely unwilling to watch the Datuk abuse Max any longer, has allegedly made a police report against the employer. It is also said that the Datuk has a rifle license. “The violent history of the company’s owner, the Datuk, shows that he is an individual who should not be given a gun license. This matter should be reported to the authorities to ensure that only sane and qualified individuals are granted a gun license,” “Cruelty and mistreatment committed against Max is committing an offense under the Animal Welfare Act 2015, which on conviction, is fined not less than RM20,000 and not more than RM100,000, or imprisonment for a term not exceeding three years, or both,” they explained. SAFM has since urged the authorities, including the Department of Veterinary Services to take the appropriate action against the Datuk for his horrific actions. An animal should never be someone’s punching bag, free for them to abuse based on their will. You can watch the videos here. Source : worldofbuzz.com

Datuk Violently Abuses Pet Dog, Threatens To Kill It After Employee Confronts Him Read More »

Tular di laman sosial gambar sembilan ekor monyet yang ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada petang Sabtu.

Penjara, denda RM50,000 jika zalimi haiwan liar

SHAH ALAM – Membunuh, meracun atau menyebabkan penderitaan terhadap haiwan liar merupakan perbuatan jenayah yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 dan penjara satu tahun jika sabit kesalahan. Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R. Kalai berkata, justeru orang ramai diingatkan bahawa segala urusan berkaitan kes kacau-ganggu hidupan liar adalah melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). “Mana-mana pelaku yang tertangkap akan disabitkan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Seksyen 86 “SAFM memandang perbuatan mendera haiwan liar ini sebagai satu tindakan yang zalim,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad ketika mengulas kejadian sekumpulan monyet mati di Pangsapuri Sun Moon City di Paya Terubong, Pulau Pinang pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan monyet mati diracun Dalam insiden tersebut sembilan ekor monyet didapati telah dan hampir mati akibat diberi makan roti beracun oleh individu yang tidak dikenali. Insiden tersebut disedari oleh seorang pemberi makan haiwan yang kerap memberi makan kepada kumpulan monyet itu. Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Kalai mendesak agar Perhilitan mengambil tindakan sewajarnya sebelum insiden yang sama bakal berulang yang akan memberi kesan kepada monyet-monyet lain kelak. Ujar Kalai, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut malah pihak Perhilitan juga sudah mengambil bangkai monyet tersebut sebagai sampel. “Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu dengan menghubungi jabatan tersebut pada kadar segera,” katanya. Source : Sinar Harian

Penjara, denda RM50,000 jika zalimi haiwan liar Read More »

Bekalan makanan dan kewangan persatuan terjejas teruk sejak pelaksanaan PKP.

NGO mohon bantuan untuk haiwan

PETALING JAYA – Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) memohon bantuan orang ramai untuk membantu mereka memberi makanan dan keselesaan kepada haiwan terbiar di negeri ini sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh selama dua minggu bermula 1 Jun lalu. Presidennya, R. Kalai berkata, bekalan makanan dan kewangan persatuan terjejas teruk sejak pelaksanaan sekatan itu. “Kami meminta jasa baik semua untuk membantu yang termampu dari segi kewangan atau makanan (haiwan) bagi menampung perbelanjaan sekitar RM2,000 ke RM3,500 bergantung kepada hasil kutipan derma dari orang ramai. “Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM5,000 untuk menjalankan pelbagai lagi program kebajikan untuk haiwan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin. Tambahnya, kes penderaan dan pengabaian haiwan meningkat secara mendadak sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak kes pembuangan haiwan peliharaan berlaku akibat berita palsu yang mengatakan haiwan boleh menyebabkan jangkitan Covid-19. “Ada juga yang membuang haiwan akibat kehilangan sumber pendapatan. Kes penderaan domestik juga meningkat akibat stres dan kegagalan mengawal emosi,” tambahnya lagi. Pada masa sama, beliau berharap rakyat Malaysia tidak mengabaikan dan berkongsi rezeki bersama haiwan terbiar di persekitaran mereka. Sehubungan itu, kepada orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menghubungi SAFM di talian 016-266 2007. Source : Sinar Harian

NGO mohon bantuan untuk haiwan Read More »

Anjing terkurung, terbiar 2 bulan dalam rumah sewa

Kuala Lumpur: Malang nasib seekor anjing yang dipercayai ditinggalkan pemiliknya di dalam sebuah pangsapuri dekat Setapak, di sini, sejak dua bulan lalu, dengan makanan dan minuman haiwan itu tidak terurus. Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu kelmarin daripada penduduk kawasan terbabit. Katanya, penduduk itu mengesyaki ada anjing di dalam rumah itu selepas sering mendengar bunyi haiwan berkenaan menyalak. “Jiran yang tinggal berhampiran mengadu sering mendengar bunyi anjing menyalak sehingga mengganggu mereka dan ia membuatkan mereka tertanya-tanya. “Aduan itu dipanjangkan kepada jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) bangunan yang kemudian menghubungi pemilik unit rumah berkenaan. “Menurut pemilik, penyewanya sudah lama meninggalkan unit miliknya itu dan dia (pemilik rumah) belum memeriksa keadaan rumah, malah tidak sedar ada seekor anjing ditinggalkan begitu saja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook (FB) SAFM, hari ini. Menurut Kalaivanan, usaha menyelamatkan anjing itu dilakukan kira-kira 2 petang kelmarin pada hari sama aduan diterima. Katanya, dia datang bersama empat ahli SAFM dan terkejut selepas mendapati keadaan anjing berkenaan yang tidak terurus ketika ditemui. “Kami dapat masuk ke dalam rumah itu dengan bantuan cucu pemilik rumah yang mewakili neneknya. “Selepas masuk ke dalam rumah, kami dapati anjing itu dalam keadaan kelaparan dan bersendirian. “Najisnya bersepah di dalam rumah tanpa makanan dan minuman langsung ditinggalkan. “Runtun hati kami melihat anjing itu yang trauma dan ketakutan apabila dihampiri tetapi berjaya diselamatkan dengan dimasukkan ke dalam sangkar,” katanya. Kalaivanan berkata, anjing itu kini berada di rumah perlindungan diberi nama KC Valley Animal Shelter milik lelaki dikenali Mr KC. Katanya, dia mewakili SAFM mengucapkan terima kasih kepada Mr KC kerana memberi perlindungan kepada anjing itu sementara kes dipanjangkan ke Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut. “Inisaitif SAFM pula adalah membuka tabung bantuan kepada Mr KC dan rumah perlindungannya supaya dapat terus membantu haiwan yang memerlukan serta teraniaya,” katanya. Katanya, menjadi satu kesalahan jenayah bagi individu meninggalkan mana-mana haiwan peliharaan dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit. “Kesalahan itu termaktub di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 29. “Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau boleh dipenjarakan selama tempoh tiga tahun atau kedua-keduanya sekali. “Untuk itu, jadilah pemilik yang bertanggungjawab dan jangan aniaya haiwan jika tidak mampu memeliharanya,” katanya. Source : Harian Metro

Anjing terkurung, terbiar 2 bulan dalam rumah sewa Read More »

Keadaan bangkai anjing yang diracun.

Lima individu dipercayai racun mati sembilan anjing liar

IPOH – Sembilan ekor anjing liar ditemui mati di sekitar kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini pada Khamis lalu dan kelmarin dipercayai diracun lima individu tidak bertanggungjawab. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut daripada seorang wanita yang berusia 40 tahun yang merupakan penduduk setempat. “Dua daripada sembilan bangkai anjing liar tersebut ditemui di hadapan rumahnya kira-kira pada pukul 10 malam Khamis lalu. “Tujuh lagi bangkai haiwan berkenaan ditemui di belakang kilang keesokannya dan dia percaya semua anjing tersebut diracun,” katanya ketika dihubungi hari ini. Tambah Mohamad Nordin, wanita tersebut juga sebelum itu mendakwa melihat lima kelibat lelaki berada di lorong berhampiran rumahnya namun dia tidak mengetahui apa yang dilakukan mereka di situ. Katanya, laporan polis dibuat untuk keselamatan diri wanita berkenaan dan langkah berjaga-jaga untuk penduduk setempat. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya. Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu tersebut. Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyeleaikan masalah kejiranan malah ia tindakan yang menyalahi undang-undang. “Individu yang melakukan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “SAFM meminta kerjasama saksi untuk tampil membantu siasatan dan kami akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini,” katanya. – K! ONLINE Source : Kosmo Online

Lima individu dipercayai racun mati sembilan anjing liar Read More »