Kita sering melihat anjing dan kucing terbiar yang berlumuran darah, dipukul, dan dilempar ke tanah. Hati kita tergerak dengan rasa kasihan dan marah. Mujurlah ada beberapa pecinta haiwan yang sanggup berkorban waktu dan tenaga untuk menjaga dan merawat haiwan-haiwan ini. Mereka yang gigih ini menyediakan tempat tinggal, makanan, perubatan, dan keluarga baru untuk adik-adik bulus kesayangan. Namun, pihak NGO sangat memerlukan bantuan dari kita semua untuk meneruskan tugas mulia ini. Jadi, apakah cara-cara yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka?
1. Jadi Sukarelawan
Pusat perlindungan haiwan dan NGO sering menghadapi kekurangan tenaga pekerja. Bantu mereka dengan memberikan masa luang yang kita ada. Misalnya, membersihkan kawasan pusat perlindungan, merawat haiwan, membantu dalam administrasi, dan menyediakan bantuan lain yang diperlukan. Luangkan beberapa jam seminggu untuk membantu mereka.
2. Menderma
Sumbangan wang, besar atau kecil, sangat berarti bagi pihak NGO. Anda dapat mengatur sumbangan berulang setiap bulan kepada institusi ini sebagai bentuk sokongan berterusan. Jika tidak mampu secara kewangan, bantulah dengan menyediakan makanan haiwan, peralatan pembersihan, atau bantuan lain yang bisa Anda berikan.
3. ‘Fostering’
Jika tidak mampu untuk menjaga haiwan secara sepenuh masa di rumah, Anda masih bisa membantu dengan memelihara sementara di pusat pemuliharaan. Salah satu cara lain adalah ‘fostering’, di mana Anda menyediakan keperluan bulanan bagi haiwan tersebut.
4. Sebarkan Maklumat dan Berita
Anda juga boleh menolong NGO haiwan dengan menyampaikan atau menyebarkan maklumat, permohonan bantuan, dan informasi. Setiap ciapan di media sosial dapat mencapai ramai orang dan membantu kerja NGO untuk memaklumkan orang awam.
5. Mengambil Haiwan dari Pusat Perlindungan
Adopt, don’t shop! Bawa pulang haiwan dari pusat perlindungan dan berikan mereka kasih sayang yang mereka butuhkan. Beri kucing dan anjing peluang kedua bersama Anda, sehingga mereka bisa merasa bahagia. Anda juga membantu meringankan beban NGO haiwan dengan memberi ruang untuk membantu haiwan-haiwan yang lebih memerlukan seperti yang sakit parah atau cacat.
Bantu NGO Haiwan Malaysia Hari Ini!
Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) selalu mengalu-alukan bantuan orang ramai. Samada dari segi sumbangan derma, masa terluang untuk kerja-kerja kebajikan, mahupun menyerbarkan maklumat, anda mampu memberi perubahan kepada nasib-nasib haiwan. Jom, sama-sama kita lakukannya!