News

Anjing terkurung, terbiar 2 bulan dalam rumah sewa

Kuala Lumpur: Malang nasib seekor anjing yang dipercayai ditinggalkan pemiliknya di dalam sebuah pangsapuri dekat Setapak, di sini, sejak dua bulan lalu, dengan makanan dan minuman haiwan itu tidak terurus. Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu kelmarin daripada penduduk kawasan terbabit. Katanya, penduduk itu mengesyaki ada anjing di dalam rumah itu selepas sering mendengar bunyi haiwan berkenaan menyalak. “Jiran yang tinggal berhampiran mengadu sering mendengar bunyi anjing menyalak sehingga mengganggu mereka dan ia membuatkan mereka tertanya-tanya. “Aduan itu dipanjangkan kepada jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) bangunan yang kemudian menghubungi pemilik unit rumah berkenaan. “Menurut pemilik, penyewanya sudah lama meninggalkan unit miliknya itu dan dia (pemilik rumah) belum memeriksa keadaan rumah, malah tidak sedar ada seekor anjing ditinggalkan begitu saja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook (FB) SAFM, hari ini. Menurut Kalaivanan, usaha menyelamatkan anjing itu dilakukan kira-kira 2 petang kelmarin pada hari sama aduan diterima. Katanya, dia datang bersama empat ahli SAFM dan terkejut selepas mendapati keadaan anjing berkenaan yang tidak terurus ketika ditemui. “Kami dapat masuk ke dalam rumah itu dengan bantuan cucu pemilik rumah yang mewakili neneknya. “Selepas masuk ke dalam rumah, kami dapati anjing itu dalam keadaan kelaparan dan bersendirian. “Najisnya bersepah di dalam rumah tanpa makanan dan minuman langsung ditinggalkan. “Runtun hati kami melihat anjing itu yang trauma dan ketakutan apabila dihampiri tetapi berjaya diselamatkan dengan dimasukkan ke dalam sangkar,” katanya. Kalaivanan berkata, anjing itu kini berada di rumah perlindungan diberi nama KC Valley Animal Shelter milik lelaki dikenali Mr KC. Katanya, dia mewakili SAFM mengucapkan terima kasih kepada Mr KC kerana memberi perlindungan kepada anjing itu sementara kes dipanjangkan ke Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut. “Inisaitif SAFM pula adalah membuka tabung bantuan kepada Mr KC dan rumah perlindungannya supaya dapat terus membantu haiwan yang memerlukan serta teraniaya,” katanya. Katanya, menjadi satu kesalahan jenayah bagi individu meninggalkan mana-mana haiwan peliharaan dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit. “Kesalahan itu termaktub di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 29. “Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau boleh dipenjarakan selama tempoh tiga tahun atau kedua-keduanya sekali. “Untuk itu, jadilah pemilik yang bertanggungjawab dan jangan aniaya haiwan jika tidak mampu memeliharanya,” katanya. Source : Harian Metro

Anjing terkurung, terbiar 2 bulan dalam rumah sewa Read More »

Keadaan bangkai anjing yang diracun.

Lima individu dipercayai racun mati sembilan anjing liar

IPOH – Sembilan ekor anjing liar ditemui mati di sekitar kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini pada Khamis lalu dan kelmarin dipercayai diracun lima individu tidak bertanggungjawab. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut daripada seorang wanita yang berusia 40 tahun yang merupakan penduduk setempat. “Dua daripada sembilan bangkai anjing liar tersebut ditemui di hadapan rumahnya kira-kira pada pukul 10 malam Khamis lalu. “Tujuh lagi bangkai haiwan berkenaan ditemui di belakang kilang keesokannya dan dia percaya semua anjing tersebut diracun,” katanya ketika dihubungi hari ini. Tambah Mohamad Nordin, wanita tersebut juga sebelum itu mendakwa melihat lima kelibat lelaki berada di lorong berhampiran rumahnya namun dia tidak mengetahui apa yang dilakukan mereka di situ. Katanya, laporan polis dibuat untuk keselamatan diri wanita berkenaan dan langkah berjaga-jaga untuk penduduk setempat. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya. Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu tersebut. Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyeleaikan masalah kejiranan malah ia tindakan yang menyalahi undang-undang. “Individu yang melakukan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “SAFM meminta kerjasama saksi untuk tampil membantu siasatan dan kami akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini,” katanya. – K! ONLINE Source : Kosmo Online

Lima individu dipercayai racun mati sembilan anjing liar Read More »

Sembilan anjing liar ditemukan mati dipercayai akibat diracun berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang sejak Khamis lepas.

Sembilan anjing liar mati diracun

IPOH – Sembilan anjing liar ditemui mati dipercayai akibat diracun berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini sejak Khamis lalu. Kejadian itu disedari seorang wanita berusia 40 tahun yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan selepas menemui dua bangkai anjing di hadapan rumahnya kira-kira jam 10 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pada keesokannya, wanita terbabit menemui tujuh lagi bangkai anjing di kawasan kilang berhampiran. Menurutnya, sebelum kejadian wanita itu mendakwa ada terlihat lima lelaki tidak dikenali berada di lorong berhampiran rumahnya tanpa dikenal pasti tujuannya. “Wanita itu kemudiannya tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri. “Siasatan awal dijalankan tidak menolak kemungkinan semua haiwan terbabit mati akibat diracun. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya. Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan. Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan malah menyalahi undang-undang. “SAFM mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu ini dan kita akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini,” katanya. Source : SinarHarian

Sembilan anjing liar mati diracun Read More »

BANGKAI beberapa ekor anjing dipercayai mati diracun di kawasan kilang berhampiran Puncak Jelapang di Ipoh, Perak. - UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL

Sembilan anjing liar mati diracun

IPOH: Sembilan ekor anjing liar ditemukan mati dipercayai diracun oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini sejak Khamis lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya daripada seorang wanita yang merupakan penduduk setempat kelmarin. Katanya, wanita berusia 40 tahun itu mendakwa menemui bangkai dua ekor anjing pada Khamis lalu sebelum bangkai tujuh lagi anjing ditemukan pada esoknya. “Wanita itu menjumpai bangkai dua ekor anjing di hadapan rumahnya sebelum tujuh lagi bangkai ditemukan di kawasan kilang berhampiran. “Kesemua haiwan itu dipercayai mati akibat diracun,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, sebelum kejadian itu, wanita terbabit mendakwa ada melihat sekumpulan lima lelaki yang tidak dikenali di lorong berhampiran rumahnya, namun, tidak pasti tujuan mereka berada di situ. Katanya, laporan polis dibuat wanita itu ekoran bimbang keselamatan dirinya dan penduduk setempat. “Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya. Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu tersebut. Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan malah menyalahi undang-undang. “SAFM meminta kerjasama saksi untuk tampil membantu siasatan dan kami akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE Source : Utusan Online

Sembilan anjing liar mati diracun Read More »

Nine More Dogs Found Dead in Ipoh, Believed To Have Been Poisoned

Over a week ago, it was reported that more than 20 dogs were poisoned within a week in Ipoh. Since last Thursday (December 24), nine wild dogs have been found dead due to poisoning near a factory in Puncak Jelapang, Ipoh. According to Sinar Harian, a 40-year-old woman living near the area found two dog carcasses in front of her house around 10pm. Ipoh District Deputy Chief of Police, Superintendent Mohamad Nordian Abdullah said the next day, the woman also found 7 more dog carcasses in a nearby factory area. Before the incident happened, the woman saw five unidentified men on the street near her house roaming around. Following the incident, the woman lodged a police report for safety reasons. Mohamad Nordin said that the initial investigation into the case did not rule out the possibility that all the animals involved died due to poisoning. “The case is being investigated under Section 428 of the Penal Code for treason by killing or maiming an animal,” he said. The matter has caught the attention of the Malaysian Animal Organization (SAFM). In a statement posted on SAFM Facebook, they asked the public who have any information about the incident to come forward and help. “Anjing diracun beramai-ramai di Ipoh. SAFM sudah berkali-kali memberitahu awam bahawa tindakan meracun haiwan terbiar…” Posted by Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM on Saturday, December 26, 2020 They also said that poisoning the animals would not solve the neighbourhood problem but would be illegal and considered a crime. SAFM said they would strive to uphold justice for the poisoned dogs and they condemn the heinous acts committed by this group of irresponsible individuals. Source : worldofbuzz.com

Nine More Dogs Found Dead in Ipoh, Believed To Have Been Poisoned Read More »

COVID-19: Haiwan terbiar meningkat, sumbangan merosot

PETALING JAYA: Masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19 bukan saja menjejaskan kehidupan manusia malah kebajikan haiwan. Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R kalaivanan berkata, jumlah haiwan terbiar meningkat akibat wabak itu. Kumpulan itu bergantung kepada sumbangan untuk memberi makanan kepada haiwan terbiar dan merawat mereka yang sakit. Kalaivanan memberitahu FMT, sumbangan awam menyusut hampir 80% manakala bilangan haiwan terbiar dianggarkan meningkat 70% sejak pandemik COVID-19 melanda. “Saya rasa ia disebabkan impak pandemik COVID-19 terhadap pendapatan isi rumah,” katanya. “Saya percaya mereka yang hilang pekerjaan tidak dapat menjaga haiwan peliharaan dan mengambil keputusan membuangnya. Kami turut menerima laporan tindakan itu disebabkan pemilik tidak dapat membawa bersama haiwan peliharaan apabila mereka berpindah ke tempat baharu.” Kalaivanan berkata, SAFM menyelamatkan lebih 300 kucing dan anjing terbiar di Lembah Klang tahun ini. Menurutnya, organisasi yang hanya beroperasi di Semenanjung itu memerlukan RM5,000 setiap bulan untuk mengekalkan programnya. “Wang itu digunakan untuk makanan, ubat-ubatan, vaksinasi, ubat cacing selain memberi susu kepada anak anjing dan kucing yang diabaikan,” katanya. SAFM meningkatkan usaha mengutip sumbangan di media sosial untuk menangani masalah kekurangan dana. Pembaca yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program itu dan berhasrat menderma boleh melayari laman Facebooknya. Source : Free Malaysia Today

COVID-19: Haiwan terbiar meningkat, sumbangan merosot Read More »

Covid-19 sees rise in stray animal numbers and drop in donations

PETALING JAYA: Economic problems caused by the Covid-19 pandemic has affected not only people’s livelihoods but also the welfare of animals. The number of stray animals has increased, according to the president of the animal welfare organisation Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R Kalaivanan. The group depends heavily on donations to feed strays and treat those that are sick. Kalaivanan told FMT donations had decreased by about 80% and the number of strays had increased by an estimated 70% since Covid-19 struck. “I think this is due to the impact of the Covid-19 pandemic on household incomes,” he said. “I believe those who lost their jobs are unable to care for their pets anymore and have resorted to dumping them. We also receive reports of dumping because owners are unable to take their pets with them when they move to a new place.” Kalaivanan said SAFM had rescued more than 300 stray cats and dogs in the Klang Valley alone this year. According to him, the organisation, which operates only in West Malaysia, needs RM5,000 every month to sustain its programme. “The money is used for food, medicine, vaccination, deworming and neutering as well as to provide milk formula for abandoned puppies and kittens,” he said. SAFM has intensified its fundraising effort on social media to try to address the shortage of funds. Readers who want more information on its programme and wish to donate can visit its Facebook page. Source : Free Malaysia Today

Covid-19 sees rise in stray animal numbers and drop in donations Read More »

ANJING liar berkeliaran di PPR Seri Semarak, Setapak.

PHM cadang wujudkan penempatan khas haiwan terbiar

Kuala Lumpur: Lambakan anjing dan kucing terbiar berpunca daripada kekurangan sokongan masyarakat untuk menjalankan aktiviti pemandulan, kata Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (PHM), Arie Dwi Andika. Arie berkata, pihaknya kini melaksanakan projek trap-neuter-release (perangkap-mandulkan-lepaskan), namun ia terhad kerana kekangan kewangan. Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi sama-sama menangani masalah itu. Beliau turut mencadangkan pihak berkuasa mewujudkan ‘taman khas’ kepada haiwan yang terbiar itu dan memberi ruang kepada orang awam mengambilnya untuk dipelihara. “Haiwan (anjing dan kucing) cepat membiak. Daripada berfikir cara ‘melupuskan’ haiwan itu, ada baiknya pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian. “Pihak berkuasa boleh menyediakan penempatan khas bagi membolehkan haiwan terbiar ini terkawal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM), R Kalaivanan berkata, pihaknya kini giat menjalankan projek trap-neuter-release dengan menjalankan pemandulan minimum 10 ekor anjing dan kucing jalanan setiap bulan. “Sudah hampir setahun kami menjalankan projek ini, kami juga merancang menjalankan program pemandulan haiwan terbiar ini secara besar-besaran di setiap negeri dan kami akan cuba bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan veterinar untuk tujuan itu. “Pun begitu, bagi merealisasikan program ini, kami memerlukan dana yang besar kerana pemandulan haiwan ini memerlukan kos tinggi,” katanya. Source : Harian Metro

PHM cadang wujudkan penempatan khas haiwan terbiar Read More »

PHM cadang wujudkan penempatan khas haiwan terbiar

Kuala Lumpur: Lambakan anjing dan kucing terbiar berpunca daripada kekurangan sokongan masyarakat untuk menjalankan aktiviti pemandulan, kata Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (PHM), Arie Dwi Andika. Arie berkata, pihaknya kini melaksanakan projek trap-neuter-release (perangkap-mandulkan-lepaskan), namun ia terhad kerana kekangan kewangan. Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi sama-sama menangani masalah itu. Beliau turut mencadangkan pihak berkuasa mewujudkan ‘taman khas’ kepada haiwan yang terbiar itu dan memberi ruang kepada orang awam mengambilnya untuk dipelihara. “Haiwan (anjing dan kucing) cepat membiak. Daripada berfikir cara ‘melupuskan’ haiwan itu, ada baiknya pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian. “Pihak berkuasa boleh menyediakan penempatan khas bagi membolehkan haiwan terbiar ini terkawal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM), R Kalaivanan berkata, pihaknya kini giat menjalankan projek trap-neuter-release dengan menjalankan pemandulan minimum 10 ekor anjing dan kucing jalanan setiap bulan. “Sudah hampir setahun kami menjalankan projek ini, kami juga merancang menjalankan program pemandulan haiwan terbiar ini secara besar-besaran di setiap negeri dan kami akan cuba bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan veterinar untuk tujuan itu. “Pun begitu, bagi merealisasikan program ini, kami memerlukan dana yang besar kerana pemandulan haiwan ini memerlukan kos tinggi,” katanya. Source : Harian Metro

PHM cadang wujudkan penempatan khas haiwan terbiar Read More »

Covid-19: Sumbangan kepada persatuan haiwan merosot

Kuala Lumpur: Jika dulu ratusan ringgit boleh diraih persatuan haiwan hanya dalam masa satu hari namun sejak pandamik Covid-19 melanda, sumbangan rakyat kepada mereka kian merosot. Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R. Kalaivanan, 31, berkata, pihaknya kini terkesan disebabkan kekurangan dana. “Dana kami ketika wabak Covid-19 memang berkurangan, bukan macam sebelum ini, boleh kutip cukup untuk sebulan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Katanya, biarpun terjejas, SAFM mengambil inisiatif untuk terus membantu dengan memberi makanan kering kepada mereka yang gemar memberi makanan kepada haiwan jalanan. “Ahli persatuan masih bekerja, kita ada memberi makanan secara berkumpulan di sekitar Gombak, Batu Caves, Selayang dan Kepong. Kami juga memberi bantuan kepada ahli kumpulan di negeri lain seperti Johor dan Kelantan,” katanya. Menurutnya, bantuan makanan kering kepada ahli persatuan atau pemilik haiwan persendirian diagihkan secara pos. Orang awam boleh menyalurkan bantuan ke nombor akaun Affin Bank 100040234095 atas nama Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia. Source : Harian Metro

Covid-19: Sumbangan kepada persatuan haiwan merosot Read More »