Justice for Kopi – Gabungan NGO Haiwan Fail Kes Mahkamah

Pada 16 Disember 2024, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) hadir menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap tindakan undang-undang yang diambil terhadap Majlis Daerah Besut dan kerajaan negeri Terengganu berhubung insiden tragis pembunuhan seekor anjing bernama ‘Kopi’. Kes ini menjadi detik penting dalam usaha memperkukuhkan kebajikan haiwan dan menuntut keadilan bagi semua haiwan yang teraniaya.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM komited untuk terus memperjuangkan perlindungan haiwan melalui pelaksanaan undang-undang yang lebih tegas dan berkesan. Kami menghargai setiap sokongan dan solidariti yang ditunjukkan oleh orang ramai dalam usaha ini. Bersama-sama, kita mampu membentuk sebuah masyarakat yang lebih penyayang, bertanggungjawab, dan berperikemanusiaan.