Author name: Editor

SAFM Putra Heights Fire Relief Mission April 2025

On 2-6 April 2025 at Kuil Sri Maha Kaliamman in Putra Heights, Selangor, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mobilised up to 50 members and volunteers in response to the devastating Putra Heights fire, carrying out a 5-day Search & Rescue mission for animals affected by the incident. Mission Highlights: • Base: Kuil Sri Maha Kaliamman • Duration: 5 days (2–6 April) • Team: up to 50 SAFM members & volunteers • Rescued: 59 cats, 8 dogs & 2 pet snakes • Partners:  – SubangVet SS14  – Putra Heights Veterinary Clinic  – Ministre’ of Pets Veterinary Clinic  – Faith Veterinary Clinic & Surgery  – SPCA Selangor Support by SAFM in collaboration with SPCA Selangor & Partners: • Search & Rescue operations • Veterinary medical treatment at partner clinics • On-site vet booth for urgent care • Pet food distribution • Temporary boarding for rescued animals • Assisting pet owners in locating missing pets • Feeding station setup in affected areas • Logistics coordination throughout the mission A temporary relief center was established to ensure rescued animals received care, comfort, and essentials throughout the mission. Special thanks to: YB Tuan Preakas Sampunathan, Temple Management of Kuil Sri Maha Kaliamman, all veterinary doctors & assistants, volunteers, and everyone who contributed their time and energy. Our heartfelt thanks to SPCA Selangor for being our organising partner in this mission. SAFM will continue supporting affected pet owners by supplying pet food in the coming weeks. Special note: Thank you YB Tuan Preakas Sampunathan for providing full support and ensuring we had a smooth and impactful mission. Together, we protect the voiceless.

SAFM Putra Heights Fire Relief Mission April 2025 Read More »

Submission of Memorandum to Negeri Sembilan Chief Minister – Protest on Mass Stray Dog Killing

On May 9, 2025, more than 300 individuals, including animal lovers from other states, gathered at Wisma Negeri, Seremban, to voice their protest against the proposed culling of stray dogs by the Chief Minister of Negeri Sembilan. This assembly aimed to urge the Chief Minister of Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, and the State Assembly Members (ADUN) to seek more humane and sustainable solutions to address the stray dog issue in Negeri Sembilan. Date 9 Mei 2025 Time: 11.00AM Location: Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan The Malaysian Animal NGO Coalition, comprising 40 animal welfare organizations across Malaysia, called upon the Chief Minister of Negeri Sembilan to retract the proposed culling of stray dogs and replace it with a No-Kill policy, including sterilization and responsible adoption. The memorandum also advocated for effective reforms to the Animal Welfare Act 2015. Our Appeal to the CHIEF MINISTER OF NEGERI SEMBILAN: The Malaysian Animal NGO Coalition is determined to continue collaborating with the authorities in ensuring a more just and sustainable resolution to the stray dog issue. We believe that a No-Kill policy is the best solution for managing the stray dog population humanely and responsibly. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), the Stray Animal Society of Malaysia, firmly supports the No-Kill Policy and urges the immediate reform of the Animal Welfare Act 2015.

Submission of Memorandum to Negeri Sembilan Chief Minister – Protest on Mass Stray Dog Killing Read More »

Gabungan NGO Haiwan Bincangkan Dasar Kebajikan Haiwan Bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Pada 4 Mac 2025, wakil daripada Global Human Rights Federation (GHRF), Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM , dan MAWA telah menghadiri mesyuarat bersama Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT Malaysia Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan serta membentangkan cadangan reformasi segera berkaitan dasar kebajikan haiwan di Malaysia, dengan penekanan terhadap pengurusan populasi haiwan terbiar secara berperikemanusiaan serta pencegahan kekejaman terhadap haiwan. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai penting, antaranya Tuan Ooi Poh Keong (Pengarah Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, KPKT), Lee Chia Loke (Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Kalaivanan Ravichandran (Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, SAFM), Sashi Kumar (Presiden Global Human Rights Federation, GHRF), dan Mukunnan (Presiden MAWA). Turut hadir ialah wakil lain daripada GHRF, termasuk En. Sani Ng Abdullah, serta pegawai dari KPKT yang membincangkan isu kebajikan haiwan secara lebih mendalam. Dalam sesi ini, pihak kami telah mengemukakan beberapa cadangan utama untuk memperbaiki kebajikan haiwan di Malaysia. Antara cadangan yang diketengahkan ialah pelaksanaan Dasar Tanpa Bunuh (No-Kill Policy), yang menegaskan pengharaman ke atas tindakan menembak dan meracun haiwan terbiar oleh pihak berkuasa tempatan. Kami menekankan bahawa pendekatan ini perlu digantikan dengan kaedah lebih berperikemanusiaan dalam menangani populasi haiwan terbiar. Selain itu, kami turut membangkitkan keperluan untuk menghentikan layanan kejam terhadap haiwan, dengan merujuk kepada beberapa insiden kekejaman terdahulu seperti tangkapan kasar, penembakan, dan layanan tidak berperikemanusiaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagi menangani isu pertambahan populasi haiwan terbiar, kami mencadangkan agar pelesenan wajib dan pemandulan haiwan peliharaan diperkenalkan. Cadangan ini termasuk pendaftaran wajib semua haiwan peliharaan, pemasangan mikrocip, serta program mandatori pemandulan dan pengebirian bagi memastikan tiada peningkatan populasi haiwan terbiar pada masa hadapan. Kami juga menekankan keperluan untuk mengawal aktiviti pembiak haiwan, dengan memperketatkan peraturan ke atas penternak haiwan peliharaan bagi mengelakkan eksploitasi serta pertambahan haiwan tanpa kawalan. Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, kami mencadangkan pelaksanaan program Tangkap-Pemandulan-Vaksin-Lepas-Urus (TNVRM), yang dianggap lebih berkesan dan berperikemanusiaan dalam menguruskan populasi haiwan terbiar. Kami menekankan kepentingan kerjasama antara NGO dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan secara sistematik dan meluas. Kami juga menggesa kerajaan memperuntukkan subsidi atau geran khas untuk menyokong usaha ini, terutamanya kepada NGO dan pusat perlindungan haiwan yang aktif dalam program pemandulan dan penjagaan haiwan terbiar. Selain itu, kami turut mengusulkan transformasi pusat tahanan haiwan (pound) milik PBT kepada pusat penjagaan tanpa bunuh (No-Kill Shelters). Ini bagi memastikan haiwan yang ditangkap tidak terus dibunuh, tetapi diberi peluang untuk dipulihkan dan diambil sebagai haiwan angkat oleh individu atau NGO yang berminat. Kami juga menekankan kepentingan untuk memastikan kebersihan dan pengurusan pound lebih sistematik, serta mengkaji struktur kadar bayaran pelepasan haiwan (bail-out fees) supaya lebih adil dan tidak membebankan pemilik haiwan. Kami turut mengesyorkan agar NGO dibenarkan mengambil haiwan secara percuma bagi memudahkan usaha rehoming dan pengambilan angkat. Dalam aspek penguatkuasaan, kami menegaskan keperluan untuk mengharamkan kaedah penangkapan haiwan yang kejam, seperti penggunaan gelung besi, pencekikan, serta kaedah yang menyebabkan kecederaan teruk atau penderitaan kepada haiwan. Kami mencadangkan supaya pegawai PBT diberikan latihan khas agar mereka dapat mengendalikan haiwan terbiar dengan lebih berperikemanusiaan. Selain itu, kami turut menggesa agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu atau pihak berkuasa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan, termasuk cadangan untuk meminda Akta Kebajikan Haiwan 2015 supaya hukuman lebih tegas, seperti denda lebih tinggi dan hukuman penjara, boleh dikenakan terhadap pelaku kesalahan. Sebagai respons kepada cadangan yang dikemukakan, pihak KPKT menegaskan bahawa mereka mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan tidak menggalakkan tindakan menembak atau meracun haiwan terbiar. Walau bagaimanapun, bagi kes seperti penembakan anjing Kopi di Besut, Terengganu, mereka menyatakan bahawa kes itu adalah di bawah bidang kuasa pihak polis, dan KPKT tidak akan campur tangan. Mereka turut menegaskan bahawa sebarang salah laku atau layanan kejam oleh PBT boleh dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), yang bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya. Pihak KPKT turut menyatakan bahawa mereka akan menyemak semula keadaan pusat tahanan haiwan, termasuk tahap kebersihan, penyelenggaraan, serta kadar bayaran pelepasan haiwan bagi memastikan sistem yang lebih adil dan berperikemanusiaan. Mereka juga menegaskan bahawa NGO dibenarkan mengambil haiwan terbiar secara percuma (Rehome & Reclaim), sebagai sebahagian daripada langkah menggalakkan pengambilan angkat dan rehoming haiwan yang memerlukan perlindungan. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini merupakan satu langkah penting dalam memperjuangkan perubahan terhadap dasar kebajikan haiwan di Malaysia. Walaupun KPKT menyatakan komitmen mereka untuk mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015, masih terdapat kebimbangan mengenai penguatkuasaan dan tindakan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT). Langkah untuk melaporkan salah laku kepada DVS, serta membenarkan NGO terlibat dalam program pemulihan dan pemandulan haiwan, dilihat sebagai perkembangan positif. Namun, usaha lebih lanjut masih diperlukan bagi memastikan pengurusan haiwan terbiar di Malaysia lebih sistematik, berperikemanusiaan, dan sejajar dengan standard kebajikan haiwan global.

Gabungan NGO Haiwan Bincangkan Dasar Kebajikan Haiwan Bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Read More »

SAFM Bersama Gabungan NGO Haiwan Serah Memorandum Teliti Akta Kebajikan Haiwan 2015 ke Parlimen

Pada 24 Februari 2025, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) bersama GHRF dan MAWA menyerahkan memorandum dan cadangan pindaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 kepada kerajaan Malaysia. Memorandum ini diterima oleh YB Tuan Chong Zhemin, Ahli Parlimen Kampar, sebagai langkah penting dalam memastikan perlindungan lebih ketat terhadap haiwan terbiar dan hukuman lebih berat terhadap pelaku penderaan haiwan. Perhimpunan ini disertai oleh lebih 100 aktivis dan 33 NGO haiwan, menjadikannya gabungan terbesar dalam sejarah kebajikan haiwan di Malaysia. Kes seperti penderitaan Kopi, seekor anjing jalanan yang dianiaya, membuktikan kelemahan penguatkuasaan sedia ada. Oleh itu, SAFM menyeru pindaan segera bagi memperketat undang-undang, memperkukuh penguatkuasaan, dan meningkatkan hukuman terhadap pelaku penderaan haiwan. Centered Facebook Video Penerimaan memorandum ini menunjukkan komitmen terhadap reformasi perundangan, dan SAFM akan terus mendesak agar pindaan ini diluluskan. Perjuangan belum berakhir! Kami menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong usaha ini dengan menandatangani petisyen, menyebarkan kesedaran, dan melaporkan kes penderaan haiwan kepada pihak berkuasa. Bersama, kita boleh membawa perubahan!  #JusticeForKopi #SAFM #PindaAktaKebajikanHaiwan Laporan penuh di laman Facebook rasmi SAFM

SAFM Bersama Gabungan NGO Haiwan Serah Memorandum Teliti Akta Kebajikan Haiwan 2015 ke Parlimen Read More »

Justice for Kopi – Gabungan NGO Haiwan Fail Kes Mahkamah

Pada 16 Disember 2024, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) hadir menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap tindakan undang-undang yang diambil terhadap Majlis Daerah Besut dan kerajaan negeri Terengganu berhubung insiden tragis pembunuhan seekor anjing bernama ‘Kopi’. Kes ini menjadi detik penting dalam usaha memperkukuhkan kebajikan haiwan dan menuntut keadilan bagi semua haiwan yang teraniaya. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM komited untuk terus memperjuangkan perlindungan haiwan melalui pelaksanaan undang-undang yang lebih tegas dan berkesan. Kami menghargai setiap sokongan dan solidariti yang ditunjukkan oleh orang ramai dalam usaha ini. Bersama-sama, kita mampu membentuk sebuah masyarakat yang lebih penyayang, bertanggungjawab, dan berperikemanusiaan.

Justice for Kopi – Gabungan NGO Haiwan Fail Kes Mahkamah Read More »

Misi Banjir Kelantan 2024 – SAFM Bantu Haiwan Terjejas

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) terus melaksanakan misi bantuan untuk haiwan-haiwan yang terjejas akibat bencana banjir. Tahun 2024, Kelantan menjadi fokus utama misi kami berikutan banjir besar yang melanda kawasan Pantai Timur. Keadaan ini tidak hanya memberi kesan kepada manusia tetapi juga kepada haiwan peliharaan dan haiwan terbiar yang sering dilupakan. Dalam misi kali ini, SAFM telah menghantar bekalan makanan haiwan termasuk makanan untuk kucing dan anjing. Bantuan ini dimuatkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda dengan sokongan logistik daripada Tyan Aidi Azha Bin Abdul Masjid bersama pasukan Tok Bak Campsite and Rescue Adventure Team. Bekalan makanan ini akan dihantar ke kawasan kritikal seperti pusat penempatan sementara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan sebuah pusat jagaan kucing yang kini menempatkan ratusan ekor kucing. Banjir yang semakin serius telah menyukarkan akses kepada makanan. Oleh itu, usaha ini diharap dapat meringankan beban pemilik haiwan dan pengusaha pusat jagaan haiwan di kawasan terjejas. Kami percaya bahawa setiap usaha kecil ini mampu membawa harapan besar kepada haiwan-haiwan yang memerlukan. SAFM akan terus berusaha menghantar lebih banyak bekalan makanan ke kawasan terkesan selagi keupayaan kami mengizinkan. Kepada mereka yang memerlukan bantuan, sila hubungi kami melalui hotline SAFM. Kami juga membuka peluang kepada masyarakat untuk menyumbang kepada misi ini. Sokongan anda amat bermakna dalam memastikan haiwan-haiwan ini mendapat perhatian dan bantuan yang mereka perlukan. Maklumat Akaun Sumbangan: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia 1000 4023 4095 AFFINBANK Setiap sumbangan, kecil atau besar, membawa harapan besar buat haiwan-haiwan ini. Dengan kerjasama dan sokongan masyarakat, kita mampu meringankan penderitaan mereka. “Setiap nyawa adalah penting.”

Misi Banjir Kelantan 2024 – SAFM Bantu Haiwan Terjejas Read More »

Addressing Animal Cruelty in Malaysia – SAFM Speaks at Universiti Malaya

On December 12, 2024, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) participated in “Unveiling the Silent Suffering: Addressing Animal Cruelty in Malaysia,” organized by ECOLAWGY, Universiti Malaya. The event provided a vital platform for discussing animal cruelty, focusing on prevention strategies, legal advocacy, and community-driven solutions. Animal cruelty remains a major concern in Malaysia, ranging from neglect and abandonment to physical abuse and illegal breeding. Cases like Kopi’s, where conflicting by-laws complicated legal action, demonstrate the need for unified animal welfare laws. SAFM stressed that cruelty is not just a legal issue but also a social challenge rooted in cultural attitudes and lack of awareness. Public education and empathy-building campaigns are essential in reshaping societal perspectives on animal welfare. Preventing animal cruelty starts with strengthening the legal framework and enforcing laws like the Animal Welfare Act. The event highlighted strategies such as streamlining animal protection laws, launching educational campaigns, and promoting community involvement in rescue, fostering, and adoption. Humane stray management through spay and neuter programs was also emphasized. The need for multi-stakeholder collaboration was a key takeaway. SAFM urged partnerships between NGOs, veterinarians, legal professionals, and the public. Legal support, stricter policies, and expanded rescue networks are essential for effective advocacy. Importantly, SAFM expressed hope that more future lawyers would offer pro bono legal services for animal rights. Their legal expertise can strengthen justice for abused animals and support policy reforms. SAFM remains committed to expanding advocacy efforts, fostering partnerships, and creating a compassionate Malaysia where all animals are treated with dignity and care. We sincerely thank ECOLAWGY, Universiti Malaya, for organizing this impactful event and inspiring collective action. Together, we can be the voice for Malaysia’s voiceless animals.

Addressing Animal Cruelty in Malaysia – SAFM Speaks at Universiti Malaya Read More »

Selangor Melangkah ke Hadapan dalam Pengurusan Haiwan Terbiar Secara Berperikemanusiaan

Pada 13 Disember 2024, satu perjumpaan penting telah diadakan di SUK Selangor yang dipengerusikan oleh YB NG SUEE LIM 黄瑞林 , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Pembangunan Kampung Baru Selangor(EXCO) . Turut hadir adalah YB Lee Chean Chung , Ahli Parlimen Petaling Jaya, Pegawai Khas YB Lee Chean Chung, Pegawai Penasihat Dasar, bersama wakil-wakil dari SPBT UPEN Selangor, serta wakil – wakil Gabungan NGO Kebajikan Haiwan iaitu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM , AKC, MAPS, MAKS, dan doktor veterinar. Perjumpaan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan pengurusan haiwan terbiar secara lebih berperikemanusiaan melalui beberapa cadangan penting. Antara cadangan utama adalah pelaksanaan dasar “No Kill Policy”, yang mencadangkan haiwan terbiar yang ditangkap tidak lagi euthanasia dan agar semua pusat kurungan anjing milik PBT di Selangor dijadikan pusat penempatan sementara bagi proses pemandulan dan vaksinasi, pelepasan semula (release back) ke lokasi asal bagi mengelakkan “kesan vakum” (vacuum effect). Kami turut mencadangkan pelaksanaan program TNVRM (Trap, Neuter, Vaccine, Rehome/Release Back, Manage) di semua PBT di Selangor. Program ini bertujuan untuk menangkap anjing terbiar, memandulkan, memvaksin, dan seterusnya melepaskan mereka kembali ke lokasi asal. Dalam pelaksanaan ini, prosedur penangkapan yang lebih berperikemanusiaan turut disarankan untuk memastikan kesejahteraan haiwan tetap terpelihara. Selain itu, cadangan pelesenan anjing bersyarat juga dibincangkan, di mana pemilik hanya akan diberikan lesen sekiranya anjing mereka telah dimandulkan bagi mengelakkan pembiakan tidak terkawal dan abondent haiwan perliharaan . Penyelarasan kadar kompaun bagi pengambilan semula (bail-out) anjing yang ditangkap turut dicadangkan agar ia diseragamkan di semua peringkat Pbt di Selangor untuk memastikan keadilan kepada masyarakat. Cadangan kerjasama antara PBT – PBT Selangor dan NGO – NGO di Selangor telah diberikan Supaya pelaksanaan TNVRM dan kawalan populasi haiwan dapat berjaya. YB Ng Suee Lim menerima kesemua cadangan ini dengan sokongan penuh daripada YB Lee Chean Chung, yang dengan penuh komitmen telah menawarkan Petaling Jaya sebagai projek perintis untuk melaksanakan dasar “No Kill Policy” dan program TNVRM. Tindakan beliau mencerminkan kepimpinan progresif dan komitmen mendalam terhadap kebajikan haiwan yang wajar dipuji. YB Ng turut mengarahkan SPBT UPEN untuk menilai peruntukan dana serta merancang program pemandulan besar-besaran di seluruh Selangor sebagai langkah permulaan yang kukuh. Dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak, YB Ng Suee Lim berjanji akan membawa semua cadangan ini ke Sidang Dewan Negeri Selangor pada Februari 2025 untuk dibentangkan secara rasmi. Perjumpaan ini menandakan satu langkah besar dalam usaha memperkukuhkan pengurusan haiwan terbiar di Selangor, dan SAFM berharap agar usaha ini akan terus berkembang demi kebajikan haiwan pada masa akan datang. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Ng Suee Lim, YB Lee Chean Chung, dan wakil-wakil dari SPBT UPEN Selangor atas keterbukaan mereka dalam mendengar dan menerima cadangan kami dengan penuh komitmen. Khususnya, penghargaan tidak terhingga kepada YB Lee Chean Chung atas memberi cadangan untuk menawarkan Petaling Jaya sebagai projek perintis. Tindakan ini mencerminkan keprihatinan dan kepimpinan beliau dalam memastikan kebajikan haiwan menjadi keutamaan. Kami percaya dengan kerjasama dan sokongan berterusan, masa depan yang lebih cerah untuk haiwan terbiar di Selangor semakin hampir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan terus menyokong perjuangan ini. Laporan penuh di laman Facebook rasmi SAFM

Selangor Melangkah ke Hadapan dalam Pengurusan Haiwan Terbiar Secara Berperikemanusiaan Read More »

Advocating for Malaysia’s Strays – SAFM & Coalition Took to Malaysian Parliament

On 19th November 2024, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM, in partnership with IAPWA Penang and the Animal Kindness Coalition, along with a group of dedicated animal welfare organizations, took a monumental step in championing the rights of Malaysia’s stray animals. Together, we brought their plight to the nation’s core decision-making platform—our Parliament. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM’s President, Mr. Kalaivanan, stood united with Ms. Choong, President of IAPWA Penang, Uztaz Muhammad bin Ab Rashid, and representatives from Animal Kindness Coalition Asther and Helena and MAPS (Karin) to present the harsh realities faced by stray animals across the country. The coalition called for stronger legislation, improved enforcement, and the implementation of humane, effective solutions to tackle this pressing issue. Mr. Kalaivanan passionately condemned the inhumane practice of shooting stray animals and advocated for immediate amendments to the Akta Kebajikan Haiwan 2015. He stressed that only through compassionate policies and rigorous enforcement can Malaysia ensure a safer and more humane future for its strays. The session also highlighted Penang Island’s humane stray dog population management program, initiated in collaboration with MBPP since March 2018. This program stands as a shining example of how humane, sustainable solutions can create lasting impact. We extend our heartfelt thanks to YB Lee Chean Chung for taking the time to meet with us after our briefing session. His willingness to discuss the issue further and share valuable ideas for moving forward inspired hope and reinforced the importance of collaborative efforts in achieving meaningful change. The positive response from the Members of Parliament who attended our presentation, coupled with YB Lee’s support, was a source of renewed optimism for the future of stray animal welfare in Malaysia. Let us continue this fight for the voiceless and work toward a brighter, more humane tomorrow for all strays in Malaysia. Read more: SAFM Official Facebook Update

Advocating for Malaysia’s Strays – SAFM & Coalition Took to Malaysian Parliament Read More »

Gabungan NGO Haiwan Terbesar Menyokong Penyerahan Memorandum untuk Keadilan bagi Kopi dan Semua Haiwan Terbiar

Pada 12 November 2024 , Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), dengan kerjasama GHRF dan MAWA, serta disokong oleh 34 NGO Kebajikan Haiwan, telah menyerahkan memorandum “Justice for Kopi and All Stray Animals” kepada Parlimen. Memorandum ini adalah satu langkah bersejarah ke arah peningkatan kesejahteraan haiwan terbiar di Malaysia. Ia menuntut pindaan segera kepada Akta Kesejahteraan Haiwan 2015, yang melarang amalan kejam seperti tembakan, keracunan, dan penangkapan kasar, serta memperkenalkan kaedah kemanusiaan Trap-Neuter-Release (TNR) untuk menguruskan populasi haiwan terbiar. Selain itu, memorandum ini juga menuntut penubuhan Lembaga Kesejahteraan Haiwan yang bebas, penukaran tempat perlindungan kepada fasiliti tanpa bunuh, serta penguatkuasaan hukuman yang lebih tegas terhadap kekejaman haiwan dan penternak yang tidak mematuhi peraturan. Walaupun hujan lebat, 120 penyokong tetap teguh hadir menyokong perjuangan ini. Antara Ahli Parlimen yang hadir adalah YB 张哲敏 Chong Zhemin , YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob , Setiausaha politik wakil YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, YB Tuan Riduan Rubin, YB Ganabatirau Veraman, Timbalan Menteri Undang-Undang YB Kulasegaran, YB @Yuneswaran, YB Lee Chean Chung , YB Datuk Wan Saiful Wan Jan, dan YB Tuan Chiew Choon Man 赵俊文. Mereka turut berada di bawah payung bersama kami, menunjukkan rasa hormat dan komitmen terhadap pembelaan hak haiwan. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para Ahli Parlimen dan penyokong yang tetap berdiri teguh walaupun menghadapi cuaca hujan. Ini membuktikan bahawa melalui kerjasama kita, kita dapat mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan penuh belas kasihan bagi haiwan terbiar di Malaysia. Hari ini, kita telah melangkah satu langkah lebih dekat untuk merealisasikan perubahan ini. Laporan lanjut: SAFM Official Facebook

Gabungan NGO Haiwan Terbesar Menyokong Penyerahan Memorandum untuk Keadilan bagi Kopi dan Semua Haiwan Terbiar Read More »